2019 Winamp Akan Kembali, Peminatnya Mungkin Dalam ‘Siri 3’ atau ‘Siri 4’

0

Nama Winamp sangat popular suatu masa dulu. Ketika zamannya, tanya saja pengguna komputer yang memainkan lagu MP3 masa itu, nama Winamp mesti paling kerap akan muncul sebagai antara pemain media pilihan. Anda pernah gunakan Winamp ketika itu? Berapakah umur anda sekarang? 3 or 4 series?

Winamp Skins

Antara fitur yang menarik Winamp ialah Skin yang boleh diubah. Anda boleh pilih daripada ribuan jenis Skin untuk mengubah rupa dan warna untuk antaramuka Winamp. Ketika itu, cari saja di internet Skin jenis apa yang dikehendaki, besar kemungkinan mesti ada. Malah ada perisian Winamp skin maker/generator untuk pengguna buat Skin sendiri atau gunakan gambar sendiri. Menarik bukan?

AOL logoKejatuhan populariti Winamp ialah selepas diambil alih syarikat AOL. Tiada hala tuju yang jelas. Tiada kemas kini fitur baru yang menarik. Malah AOL memasukkan (bundle) perisian dan iklan mereka kedalam installer dan tetingkap Winamp. Ini menyebabkan pengguna Winamp rimas dan meninggalkan Winamp. Ketika itu juga nama iPod dan iTunes sedang meningkat naik.

Kini pengumuman baru oleh pemilik baru Winamp iaitu syarikat Radionomy berkata, mereka akan keluarkan versi baru Winamp pada tahun 2019. Kedua-dua versi untuk desktop dan telefon pintar akan dikemaskini dengan fitur baru tetapi mengekalkan cara penggunaan yang sama.

Antara fiturnya ialah sync, integrasi carian koleksi lagu yang sama untuk desktop dan telefon. Lain-lain fitur masih dikekalkan seperti podcast, streaming dan sebagainya. sumber: techcrunch

Adakah anda akan kembali menggunakan Winamp pada 2019? Saya sendiri masih menggunakan Winamp di komputer sekarang.

Antara Skin yang merubah antaramuka Winamp.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: