Lebih 3.5 Bilion Ringgit Nilai Matawang Kripto Dicuri Sepanjang 2018

0

Matawang kripto (cryptocurrency) yang terdiri dari pelbagai jenis seperti Bitcoin, Litecoin, Ethereum dan sebagainya, semakin meningkat popular diseluruh dunia memandangkan naik-turun nilainya sangat ketara dan semakin banyak transaksi jual-beli menerima bayaran menggunakannya.

Dengan nilai yang tinggi, matawang kripto turut menarik perhatian penjenayah. Berdasarkan laporan Hackmageddon, wang kripto bernilai $854,182,000 dolar Amerika telah dicuri sepanjang 2018. Ia lebih daripada 3.5 bilion Ringgit Malaysia berdasarkan tukaran nilai mawatang semasa. Jika dibandingkan dengan tahun 2017, sebanyak $472 juta (melebihi RM1.9 bilion) telah dicuri.

Kebanyakan kecurian berlaku ialah pada syarikat pengurup matawang kripto. Nilai kecurian terbesar untuk 2018 ialah pengurup daripada Jepun, Coincheck berjumlah $524 dolar Amerika.

Pelbagai cara digunakan penjenayah untuk mencapai ‘kejayaan’ besar mereka ini. Antaranya dengan menggodam sistem keselamatan pengurup matawang tersebut, menggunakan perisian hasad (malware, ransomware) dan juga dengan teknik mencuri maklumat peribadi seperti kata laluan mangsa melalui teknik phishing.

Maklumat terperinci mengenai laporan daripada hackmageddon.

sumber: softpedia

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: