Akta Baru Diperkenalkan Terhadap Penggunaan Drone Dan UAV Di Kanada

0

Populariti quadcopter atau umumnya dipanggil drone semakin meningkat naik dikalangan pengguna sama ada sebagai penggunaan profesional atau hanya bertujuan rekreasi dan suka-suka.

Ini banyak disumbangkan oleh kemajuan teknologi dan penyertaan lebih banyak pengeluar ke pasaran, dalam penghasilan drone yang lebih mampu milik. Kini ramai pengguna mudah mendapatkan drone dengan harga yang murah. Peningkatan pengguna drone agak merisaukan jika difikirkan kurangnya atau tiadanya undang-undang dalam mengawal penggunaannya.

Pernah dahulu tular di internet tentang seorang pemilik drone daripada Malaysia mengambil gambar/video kapal terbang mendarat dan berlepas, dengan menerbangkan drone beliau sangat dekat dengan laluan kapal terbang tersebut. Ini sangat berbahaya kerana drone mungkin disedut oleh enjin kapal terbang dan boleh menyebabkan kemalangan.

Terkini, Menteri Pengangkutan Kanada mengumumkan Akta Aeronautik baru dalam mengawal drone untuk reakreasi memandangkan sudah beberapa insiden berlaku melibatkan drone yang terbang terlalu dekat dengan kapal terbang.

Setiap drone atau kenderaan udara tanpa juruterbang, UAV (unmanned aerial vehicle) mesti ditanda dengan maklumat perhubungan pemilik.

Drone yang beratnya melebihi 35kg perlukan kebenaran khas oleh Kementerian Pengangkutan.

Berikut adalah beberapa peraturan baru yang disebutkan:

  1. Tidak dibenarkan terbang pada waktu malam dan pada keadaan berawan atau mendung.
  2. Tidak dibenarkan terbang lebih daripada 90 meter
  3. Jarak minima 75 meter daripada bangunan, kenderaan, manusia
  4. Jarak minima 9 kilometer daripada lapangan terbang, helikopter atau di mana sahaja kenderaan udara berlepas dan mendarat, kawasan ruang udara yang dilarang
  5. Jarak minima 9 kilometer daripada kebakaran hutan (mungkin mengganggu pihak berkuasa untuk menjalankan tugas)
  6. Jarak maksima 500 meter antara drone dan pengawal drone tersebut.

Individu yang gagal mematuhi peraturan ini boleh didenda sehingga RM10,000 (CA$3,000) dan RM50,000 (CA$15,000) untuk syarikat/organisasi. Drone untuk tujuan komersial, akademik dan kajian daripada peraturan ini tetapi masih perlu mematuhi undang-undang penerbangan tertentu.

Peraturan itu dilihat agak ketat bagi pemilik drone yang bersikap profesional dan berfikiran matang dalam menerbangkan drone masing-masing. Diharap semua pengguna drone di Malaysia tidak melakukan perkara-perkara tidak sepatutnya dengan drone mereka dan sentiasa memikirkan kesan yang mungkin berlaku dengan tindakan yang dibuat. 🙂

sumber:zdnet

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: