Perisian Percuma Alternatif Kepada Microsoft Office Suite (Word, PowerPoint, Excel)

0

Microsoft Office mempunyai populariti dan reputasi yang sangat kukuh sebagai perisian yang lengkap dan mesra pengguna dalam kerja yang melibatkan dokumen, presentation, spreadsheet dan sebagainya. Boleh dikatakan antara perkara pertama yang dimulakan untuk belajar komputer ialah perisian Microsoft Office.

Kerana populariti dan fitur yang lengkap, maka tidak hairanlah versi cetak rompak perisian ini sangat banyak di Internet. Digunakan oleh individu dan organisasi daripada pelbagai latar belakang, Microsoft Office versi cetak rompak boleh ditemui di mana sahaja.

Selain melanggar hak cipta dan undang-undang, perisian cetak rompak juga berisiko membawa serangan virus dan malware kepada komputer pengguna.

Apakah Perisian Office Yang Anda Gunakan?

View Results

Loading ... Loading ...

Tahukah anda, selain Microsoft Office, terdapat banyak lagi perisian Office Suite yang menyediakan fungsi hampir sama dengan Microsoft Office. Malah ada perisian yang antara-mukanya juga sangat serupa. Apa yang lebih menarik, perisian ini ditawarkan secara percuma untuk pengguna. Sesetengah perisian ini menawarkan versi berbayar untuk fitur tambahan.

1. LibreOffice

LibreOffice ialah cabang pecahan daripada Apache OpenOffice. Jika dilihat kedua-dua perisian ini hampir sama dalam semua aspek kerana ia memang daripada kod pembinaan yang sama. Ini ialah pilihan terbaik. Ia ditawarkan secara percuma dan keserasiannya dengan dokumen Microsoft Office juga bagus.

Perisian ini dikira agak lengkap sebagai pengganti Microsoft Office kerana pakej yang ditawarkan. Berikut antara pakej daripada LibreOfficce dan pakej yang hampir sama daripada Microsoft Office.

  • Writer = Ms Word
  • Calc = Ms Excel
  • Impress = Ms PowerPoint
  • Base = Ms Access
  • Draw = Ms Visio, Ms Publisher

Platform : Windows, Linux, Mac OS
Muat-turun : libreoffice.org

2. WPS Office Free

Memandangkan antara-muka dan susunan menu dan fungsi dikedudukan yang hampir sama, perisian ini antara yang terbaik sebagai pengganti Microsoft Office. Bertukar daripada Microsoft Office kepada WPS Office tidak memerlukan masa yang lama untuk biasakan diri.

Dahulunya dikenali sebagai Kingsoft Office, versi percuma perisian ini akan sertakan iklan tetapi tidak mengganggu kerja anda. Sesuai dengan fungsi yang ditawarkan secara percuma.

Platform : Windows, Linux, Android, iOS
Muat-turun : wps.com

3. Google Drive (Docs, Sheets, Slides) – Atas Talian

Sudah ramai yang mengenali Google Drive tetapi kebanyakannya pengguna memanfaatkannya hanya sebagai storan Cloud, perkongsian fail dan dokumen. Selain boleh muat naik dokumen Office untuk dikongsi dan edit, anda juga boleh create fail Word (Docs), Excel (Sheets), PowerPoint (Slides) terus secara atas talian tanpa perlu memasang sebarang perisian Office ke dalam komputer.

Integrasi dengan extension di Google Chrome memberi pengalaman yang lebih lancar dan ringan. Dokumen anda terus disimpan di Google Drive dan sedia untuk diakses di mana sahaja.

Anda juga boleh muat turun aplikasi Office daripada Google untuk telefon pintar.

Platform : Pelayar web, iOS, Android
Web : Google Drive

4. Office Online – Atas Talian

Perisian atas talian daripada Microsoft ini menggunakan antara muka yang sama seperti Microsoft Office yang dipasang dikomputer. Beberapa fitur dikurangkan berbanding perisian desktop. Ia juga menawarkan storan Cloud jadi dokumen anda boleh diakses di mana sahaja.

Anda juga boleh muat turun aplikasi Office daripada Microsoft untuk telefon pintar.

Platform : Pelayar web, iOS, Android
Web : Microsoft Office Online

Lain-lain Pilihan

1. Apache OpenOffice

Fungsi dan antara-muka hampir sama, kami cadangkan LibreOffice. Ia daripada sumber kod yang sama cuma LibreOffice lebih aktif kemaskininya.

Platform : Windows, Linux, Mac OS
Muat-turuun : openoffice.org

2. SoftMaker FreeOffice

Alternatif yang lebih ringkas dari segi antara-muka dan juga fitur.

Platform : Windows, Linux, Android
Muat-turun : freeoffice.com

3. ONLYOFFICE

Antara-muka lebih ringkas dengan susunan menu yang agak berbeza. Perisian ini juga menawarkan versi Cloud berbayar untuk simpanan dokumen secara atas talian.

Platform : Windows, Linux, Mac OS
Muat-turun : onlyoffice.com

 

Jauhi perisian cetak rompak. Gunakan perisian percuma dan sumber terbuka sebagai alternative.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: