Amazon Pecat Pekerja Terima Rasuah Jual Data Pelanggan

0

Susulan siasatan mendalam tentang laporan kebocoran data pelanggan Amazon ke pihak lain, Amazon telah memecat seorang pekerjanya yang pecah amanad didapati telah menjual data tersebut, secara langsung melanggar etika kerja dan undang-undang melibatkan data peribadi pengguna.

Antara data yang dibocorkan ialah alamat email pelanggan dan maklumat jualan Amazon. Selain itu, beberapa penjual di portal jual-beli Amazon juga telah merasuah beberapa pekerja Amazon untuk membuang komen reviu negatif daripada produk yang dijual.

Amazon juga mengharamkan penjual yang terlibat daripada meneruskan jualan di Amazon.

Kini mereka telah mengemaskini sistem dan mengaudit jenis-jenis data yang seseorang pekerja boleh akses.

sumber: theverge

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: