Apa Itu DNS – Domain Name System?

0

DNS, Domain Name System (juga disebut Service) ialah satu sistem yang menterjemahkan nama domain kepada nombor alamat IP (Internet Protocol). DNS bukan bukan bermaksud Domain Name Server.

DNS Server pula ialah pelayan pengkalan data atau komputer yang menyertai rangkaian DNS yang bertugas menyimpan koleksi domain, alamat IP awam dan menterjemah domain kepada alamat IP atau sebaliknya, apabila ada permintaan.

Sesebuah pelayan, router, host, komputer mahupun telefon anda, memiliki alamat IP tersendiri. Nombor-nombor alamat IP ini unik bagi setiap peralatan yang bersambung dengan internet. Cuba semak alamat IP dan lokasi anda di sini.

Untuk penerangan dalam artikel ini, kita gunakan contoh laman web JomGeek ini.

Dengan ketetapan yang betul, pelawat juga boleh akses laman web ini dengan hanya menggunakan alamat IP saja. Jadi kenapa perlukan domain?

Domain membantu pengguna untuk lebih mudah akses laman web tanpa perlu ingat alamat IP yang panjang.

  1. “cuba baca pasal DNS di laman web ni 173.245.59.146”
  2. “cuba baca pasal DNS di laman web jomgeek.my”

Anda rasa, ayat di atas, mana satu yang lebih mudah diingat dan disebut?

Dengan adanya domain, perlu juga penterjemah domain kepada alamat IP supaya laman web tersebut boleh ditemui. Di sini pentingnya DNS.

Anda boleh katakan yang DNS ni sebagai buku telefon, seperti YellowPages atau senarai kontak dalam telefon anda.

Apabila ingin membuat panggilan katakan kepada kontak bernama “Kamal” anda hanya cari namanya dan tekan Call, telefon anda yang akan mencari (Lookup) dan gantikan nombor telefon sebenar di atas nama Kamal dan mebuat panggilan. Anda tidak perlu hafal nombor telefonnya. Begitulah perumpamaan cara DNS berfungsi.

Apabila anda taip domain URL laman web seperti jomgeek.my di pelayar web, DNS akan mencari alamat IP yang didaftarkan dengan domain jomgeek.my. Jika data tentang domain tersebut tidak ditemui, DNS akan mencari daripada pelayan DNS yang lain. Seterusnya mengakses kandungan pelayan atau host tersebut menggunakan alamat IP yang diberi oleh DNS. Jadi anda dapat lihat laman web tersebut.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: