Apa Itu Folder Windows.old, Bolehkah Dibuang?

0

Tiba-tiba penggunaan storan drive C anda bertambah mendadak? Hampir 20-30gb freespace hilang. Kenapa tiba-tiba ada folder Windows.old ni?

Windows.old ialah folder yang digunakan untuk menyimpan sistem, fail dan data daripada Windows yang terdahulu, sebelum anda lakukan proses naik-taraf Windows atau automatic-upgrade berlaku.

Contohnya naik taraf Windows 7 ke Windows 10. Dengan adanya folder ini, anda boleh turun-taraf (downgrade) semula ke Windows 7 jika tidak suka dengan Windows yang terkini. Ia juga mungkin mengandungi pelbagai jenis data pengguna seperti perisian, ketetapan dan fail-fail akaun pengguna. Anda boleh menjelajah ke dalam folder ini untuk menyemak dan menyalin kandungannya ke lokasi lain jika perlu.

Anda akan jimatkan ruang storan yang agak besar selepas buang folder ini.

Boleh buang folder Windows.old?

Jika anda selesa dengan Windows terkini selepas naik-taraf dan tiada fail-fail yang perlu anda dapatkan semula, ya boleh. Tetapi perlu melalui cara yang betul seperti ditunjukkan di bawah. Jangan delete folder Windows.old secara manual kerana sistem masih menyimpan rujukan fail lama ke folder ini.

Tetapi ingat, selepas dibuang anda tidak lagi dapat turun-taraf ke Windows sebelumnya dengan mudah, dan fail-fail yang disimpan di dalam folder tersebut juga akan dibuang. Jika anda ingin turun-taraf sistem Windows selepas membuang folder ini, anda perlu lakukan proses reformat dan pemasangan Windows baru.

Penting: Sistem akan membuang folder Windows.old secara automatik selepas beberapa hari, kebiasaannya sehingga 1 bulan.

Bagaimana cara untuk buang folder Windows.old?

Ikuti cara berikut untuk membuang folder Windows.old melalui proses Disk Cleanup.

  1. Klik kanan butang tetikus pada ikon drive C dan pilih Properties,
  2. Klik butang Disk Cleanup.
  3. Klik Clean up system files (langkah ini penting).
  4. Tandakan pada item pilihan termasuk ‘Previous Windows installation(s)‘ dan klik OK.

Cara lain bagi pengguna Windows 10 anda boleh gunakan fungsi Free up space di dalam ketetapan Windows  yang memberi kesan sama. Buat seperti berikut:

  1. Klik butang Start dan klik Setting (ikon roda bergerigi).
  2. Pilih menu System dan klik Storage di menu sebelah kiri.
  3. Klik Free up space now.
  4. Tandakan pada item pilihan dan klik Remove files.

Di halaman yang sama, anda juga boleh aktifkan fungsi Storage sense pada Windows 10 supaya sistem buang fail-fail sampah secara automatik. Ketetapannya juga anda boleh ubah dengan klik pada Change how we free up space automatically.

Tahniah sekarang storan kosong komputer anda semakin bertambah. Selain fungsi yang Windows sediakan seperti di atas, anda juga boleh gunakan perisian lain sebagai cara alternatif, antara yang popular ialah CCleaner. Ia sediakan fungsi yang lebih advanced untuk membersihkan lebih banyak perkara.

Anda dapat berapa extra space?

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: