Apa Itu IoT – Internet of Things

0

IoT (i-o-t) ialah singkatan kepada Internet of Things. Topik ini semakin popular di zaman kepesatan teknologi sekarang. Sana-sini orang bercakap tentang IoT.

Ia adalah satu konsep di mana peralatan, mesin, sensor dan peranti dihubungkan dengan internet dan berlaku pengumpulan dan perpindahan data menerusi rangkaian. 

Jika ia boleh dihubungkan dengan rangkaian internet atau menjadi sebahagian daripada mesin yang berhubung dengan internet, dan ada pemindahan data, ia dikategorikan sebagai IoT. Ini termasuklah camera, lampu, pembancuh kopi, mesin basuh, pembaca nadi, telefon, smartwatch, alat sensor cahaya dan bunyi, palang dan pagar rumah, rantai di leher kucing dan pelbagai lagi.

Mari kita lihat beberapa contoh di mana konsep IoT digunakan:

  • Pintu rumah anda hanyalah sebuah pintu biasa tanpa IoT. Apabila dipasang peranti untuk mengesan buka dan tutup pintu, dan peranti tersebut penghantar notifikasi ke telefon anda apabila pintu dibuka atau ditutup.
  • Camera CCTV rumah mengesan pergerakan (motion detection) dan menghantar gambar yang diambil kepada tuan rumah.
  • Kucing anda memakai rantai yang dipasang penjejak GPS, dan anda boleh melihat lokasi kucing menggunakan aplikasi di telefon. Sistem yang lebih canggih, notifikasi dihantar apabila kucing anda keluar daripada radius kawasan yang ditetapkan.
  • Amazon mengeluarkan sebuah oven microwave yang mengira stok dan berapa kali anda memasak popcorn, jika ia dapati stok popcorn anda hampir habis, ia akan membuat pembelian stok baru secara automatik.

Lihat sahaja telefon yang anda sedang gunakan sekarang. Sebelum era telefon pintar, telefon bimbit hanyak berhubung dengan rangkaian telekomunikasi untuk panggilan dan SMS.

Kini, telefon pintar mempunyai akses internet, mampu menyimpan data kompleks seperti lokasi anda sekarang, mengesan pergerakan seperti berjalan dan berlari, aplikasi boleh mengakses mikrofon dan kamera, dan menyimpan log bila dan bagaimana sesebuah telefon digunakan.

Konsep IoT ini sangat luas, boleh diaplikasikan di pelbagai bidang dan teknologi.

Pelbagai contoh kegunaan IoT di dalam bidang berbeza, anda boleh rujuk artikel di Wikipedia.

Baca artikel lain dalam kategori Apa Itu.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: