Aplikasi SuperSU Dibuang Daripada PlayStore

0

SuperSU ialah salah satu aplikasi yang paling popular untuk menguruskan kebenaran akses sistem di dalam telefon. Ia dipasang di dalam sistem Android yang sudah di pecahkan akses sistem paling dalam (root).

SuperSU kini didapati hilang daripada Play Store. Pemilik semasa kepada aplikasi tersebut, CCMT belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berikutan perkara ini.

Bagaimanapun aplikasi SuperSU pro (lesen sahaja) masih ada. Lesen ini memerlukan aplikasi SuperSU juga untuk digunakan.

Kejadian ini mungkin berlaku secara penapisan automatik oleh Google kepada aplikasi yang tidak memenuhi piawaian tertentu. SuperSU mungkin melanggar beberapa polisi yang ditetapkan.

Jika dilihat kepada akaun Twitter dan Google+ SuperSU, ia tidak dikemaskini daripada tahun lepas dan Facebook page pula tidak aktif daripada bulan Mac. Melalui website koleksi fail APK pula iaitu APKmirror, versi terakhir SuperSU diterbitkan ialah pada Januari. Kelihatan projek SuperSU ini mungkin ditinggalkan.

Alternatif lain untuk pengguna ‘root’ cuba ialah Magisk.

sumber: androidpolice

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: