Apple Lancarkan Business Chat Untuk Pasaran Antarabangsa, Ala-ala ‘Whatsapp Business’

0

Fitur Business Chat ini sudah dilancarkan lebih awal di Amerika Syarikat, kini ia dilancarkan ke negara-negara lain seperti Australia, Jepun, Singapura, UK dan beberapa lagi negara Eropah.

Jika anda pengguna Whatsapp, anda mungkin pernah dengar atau berkomunikasi dengan akaun pengguna Whatsapp Business di mana akaun tersebut mewakili syarikat atau perniagaan tertentu. Business Chat daripada Apple ini membawa konsep yang sama, pengguna boleh berbual dengan sesuatu perniagaan menggunakan aplikasi Messages di iPhone dan iPad, sama seperti perbualan iMessage lain.

Anda boleh tanya soalan berkaitan produk atau perkhidmatan, status pembelian, masa operasi, tempahan dan sebagainya. Pembelian juga boleh dibuat melaluinya.

Sempena pelancaraan Business Chat peringkat antarabangsa, Apple mengesahkan 30 jenama baru telah menyertai perkhidmatan itu dan banyak lagi akan turut serta di masa hadapan.

Jenama yang diumumkan:

Eropah
  • Burberry (UK)
  • Matchesfashion (UK)
  • nPower (UK)
  • Robins & Day (UK)
  • buddybank (Itali)
  • Engie (Perancis)
  • La Redoute (Perancis)
  • AXA Insurance (Switzerland)
  • Swisscom (Switzerland)
  • Vodafone Germany (Jerman)
  • NH Hotels (Sepanyol)
Amerika Utara
  • 1800 Contacts
  • DirecTV (AT&T)
  • Fairmont Hotels
  • Kimpton Hotels
  • Freshly
  • Macerich Malls
  • Mall of America
  • Men’s Wearhouse
  • Overstock
  • Quicken Loans
  • SnapTravel (US, Canada)
  • west elm — design consultancy through Business Chat
  • Hendrick Automotive
  • Four Seasons (Canada) is expanding to 88 properties around the globe, 100+ languages
  • Burberry
  • Matchesfashion
  • Dreamforce Concierge
Asia
  • Telstra (Australia)
  • Harvey Norman (Australia)
  • KDDI (Jepun)
  • Credit Suisse (Singapura)
  • Matchesfashion (Jepun)

Ini peluang baik untuk perniagaan mengembangkan capaian dan juga peningkatan kihdmat pelanggan mereka.

halaman rasmi untuk Business Chat
sumber: techradar

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: