BateriKu.com – Khidmat Hantar, Pasang Dan Periksa Bateri Kereta

0

Pelbagai perkara perlu difikirkan apabila bateri kereta habis atau ‘kong’. Mencari kabel jumper dan minta tolong orang lain untuk pinjamkan kereta, nak mencari bengkel dan bateri kereta yang sesuai, dan paling penting, hendak pastikan adakah bateri yang bermasalah atau tidak.

Melalui servis yang dipanggil BateriKu.com, sebuah syarikat Malaysia iaitu Green Initiative Sdn Bhd nampak masalah ini dan peluang untuk menyediakan perkhidmatan memudahkan pengguna yang menghadapi masalah seperti di atas.

Menggunakan aplikasi yang disediakan, pengguna hanya perlu memilih jenis kereta, cadangan bateri akan dipaparkan. Penghantaran dan pemeriksaan adalah percuma.

Apa yang lebih menarik ialah, MOTEC (mobile technician) yang datang akan membuat pemeriksaan dahulu untuk pastikan yang bateri pengguna betul-betul bermasalah sebelum terusnya pemasangan. Selepas pasti bateri bermasalah, baru ditukarkan bateri dan pengguna hanya membayar harga bateri. Jika bukan masalah bateri, tiada bayaran dikenakan.

Layari bateriku.com

Aplikasi Bateriku.com untuk Android dan iOS.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: