Blizz, Produk Baru TeamViewer Untuk Kolaborasi Dan Persidangan Atas Talian

0

TeamViewer sudah pasti tidak perlu diperkenalkan lagi sebagai salah satu perisian popular dalam urusan akses dan kawal komputer secara jarak jauh. Ia banyak digunakan sebagai alat untuk memberi bantuan teknikal tanpa individu terbabit hadir ke depan komputer yang bermasalah.

Terkini pihak TeamViewer perkenalkan produk terbaru mereka, seiringan dengan fungsi TeamViewer yang sedia ada. Blizz, perisian yang memfokuskan kepada kolaborasi, perkongsian skrin, fail dan mesej, juga sebagai alat untuk persidangan atas talian.

Layari blizz.com

Mari tonton video dibawah sambil rapping bersama 🙂

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: