Buku 555 – Aplikasi Pengurusan Hutang

0

Jika berhutang, penting untuk kita ingat dan bayar. Jika kita beri hutang pun penting untuk direkodkan kerana ramai ‘pelupa’ dikalangan kita. Kadang-kadang boleh mengundang pergaduhan dan putus persahabatan atau persaudaraan akibat hutang.

Sebelum era telefon pintar, buku nota kecil yang dipanggil buku tiga 5 (555) sangat popular dan digunakan untuk merekod pelbagai perkara, terutamanya hutang. Dari kedai runcit, restoran, sehinggalah yang bermain wang kutu, akan kenal dengan buku ini.

Ia sangat popular sehingga menjadi simbolik sebagai isyarat untuk berhutang.

“Uncle, masuk buku 3-5 ya. Minggu depan bayar.”
“Makcik, ni saya bayar lebih untuk semalam, potong dari buku 555 ye.”

Kini dengan kehadiran teknologi dan zaman telefon pintar, buku ikonik ini dijelmakan dengan wajah baru dalam versi digital, sebuah aplikasi telefon pintar diberi nama, anda rasa? ya… Buku 555.

Dibangunkan oleh Data & Roses Sdn Bhd, aplikasi ini mengekalkan konsep ringkas dan mudah digunakan seperti buku yang sebenar. Proses merekod dan mengemaskini hutang juga mudah sama ada anda berhutang atau memberi hutang.

Cuba aplikasi Buku 555 : buku555.my

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: