Buku Teks Digital Mula Digunakan Tahun Depan

0

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mengumumkan, bermula tahun depan, buku teks dalam bentuk digital akan mula diperkenalkan di sekolah-sekolah di Malaysia dan dimulai oleh pelajar sekolah menengah terlebih dahulu.

Kesesuaian penggunaan peranti elektronik untuk pelajar sekolah rendah masih diperingkat kajian memandangkan umur yang masih terlalu mudah, jesteru pengenalan buku teks digital belum lagi melibatkan sekolah rendah.

Dengan penggunaan buku teks digital ini, pelajar tidak lagi perlu membawa beg yang berat ke sekolah.

Versi digital memerlukan peranti elektronik dan kemudahan internet, pelancaran secara drastik dan besar-besaran mungkin tidak sesuai memandangkan prasarana dan fasiliti sekolah-sekolah di Malaysia tidak sama. Versi bercetak buku teks tersebut masih akan dibekalkan sebagai pilihan kepada pelajar.

Pada fasa pertama. 313 tajuk buku teks tersebut akan disediakan dalam format fail PDF dimana pelajar, guru dan ibu bapa boleh muat-turun melalui laman web 1BestariNet. Fasa kedua pula akan melibatkan buku teks digital yang interaktif, jangkaan pelancaran adalah sebelum 2025. sumber: thestar

Jika kita perhatikan, sebenarnya sistem pendidikan di Malaysia sudah lama jauh melangkah ke depan. Sebagai contoh ‘buku teks digital’ sudah banyak di gunakan, melalui perkongsian sesama sendiri hasil inisiatif guru membuat imbasan buku teks bercetak menggunakan ‘scanner‘ dan ditukarkan kepada format PDF.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: