A.I. Duet – Kecerdasan Buatan Teman Anda Bermain Piano

0

Kecerdasan buatan (AI – artificial intelligence) semakin mendapat perhatian dan aplikasinya semakin meluas. Seorang ahli pasukan Creative Lab Google, Yotam Mannm, membina piano yang akan bermain bersama anda menggunakan teknologi ini.

A.I. Duet. Apa yang menariknya, ia bertindak balas berdasarkan apa yang anda mainkan. Jadi anda tidak rasa teruk jika apa yang anda mainkan tidak bagus 🙂

Ia menggunakan teknologi “machine learning” di mana A.I. Duet telah didedahkan dengan pelbagai contoh melodi. Ia belajar menghubungkan not dan jangka masa yang sesuai untuk membentuk pemetaan muzik berpandukan apa yang ia “dengar” iaitu apa yang anda mainkan.

A.I. Duet ialah sebahagian daripada project Magenta yang dijalankan oleh Google dan kodnya ialah sumber terbuka dan boleh didapatkan di github. Jika berminat, anda boleh mengubahnya untuk membuat versi sendiri.

Jom cuba A.I. Duet


Sumber : cnet

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: