Elon Musk Lepaskan Jawatan Pengerusi Tesla

0

Rentetan daripada ‘perang’ antara Elon Musk dan (SECSecurities and Exchange Commission, US) berkenaan siri tweet kontroversi beliau, persetujuan telah dicapai di mana Elon Musk perlu melepaskan jawatan pengerusi Tesla dalam masa 45 hari.

Beliau juga perlu membayar denda sebanyak 20 juta dolar US selain telah bersetuju untuk tidak menerima sebarang lantikan semula sebagai pengerusi selama 3 tahun. Elon Musk bagaimanapun kekal sebagai CEO Tesla.

Ketika pergolakan isu ini, Tesla dan lembaga pengarahnya mengeluarkan kenyataan bersama menyokong Elon Musk.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tweet buruk padahnya”

sumber: techcrunch

 

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: