Facebook Tambah Fungsi Anti-Buli Dan Laporan Palsu

0

Manusia tidak sama. Anda yang baik dan juga yang berhati busuk. Pelbagai perangai orang apabila berada di dalam platform media sosial. Ramai juga yang nak cari perhatian dan suka-suka membuat ‘trol’, membuli, mencaci, memfitnah, melaga-lagakan orang lain, malah memalukan pengguna yang lain melalui komen atau post negatif.

Pengguna lain yang marah atau tidak suka, akan membalas komen negatif dan secara automatik, ia mudah menjadi komen tertinggi dan melukakan lebih ramai orang terutamanya pemilik post. Inilah yang dikatakan “do not feed the troll”. Jangan melayan dan mengetengahkan trol, hanya abaikan dan biar tenggelam.

Tidak kurang pula orang yang membuat laporan palsu kepada post individu tertentu. Contohnya apabila seorang doktor membuat pendedahan yang benar tentang keburukan produk dipasaran, penjual dan pengguna produk tersebut akan membuat ‘Report‘ beramai-beramai kepada Facebook sehingga akaun doktor dibekukan atau post dia dibuang. Kes yang sama apabila ada teguran daripada Ustaz, video ahli politik yang tidak disukai dan banyak lagi.

Memandang serius masalah ini, Facebook menyediakan beberapa fungsi baru dalam menangani komen dan post negatif, dan juga laporan palsu.

Pengguna kini boleh menyembunyikan atau membuang beberapa komen serentak. Laporan komen negatif pula turut boleh dibuat oleh pengguna lain bagi pihak pengguna yang membuat post’.

Jika seseorang pengguna pula yang dilapor melakukan komen atau post negatif dan merasakan apa yang dihantar itu tidak negatif, dia boleh membuat rayuan untuk disemak semula.

Facebook juga sedang menguji beberapa cara supaya pengguna dapat membuat carian dan menghalang perkataan tertentu yang dianggap tidak sesuai. Ini akan memudahkan penapisan perkataan negatif daripada beribu komen.

Contohnya jika ramai pengguna datang menyerang post individu tertentu menggunakan komen atau hashtag yang sama, mudah bagi pemilik post tersebut untuk membuang semua secara serentak.

sumber: facebook, techcrunch

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: