Gelang Penjejak Kecergasan Fitbit, Bantu Kes Pembunuhan

0

Karen Navarra, seorang wanita berusia 67 tahun ditemui mati dirumahnya, kelihatan seperti membunuh diri dengan pisau ditangan. Bagaimanapun menerusi penelitian rekod di gelang penjejak kecergasan Fitbit, yang dipakai oleh Karen menunjukkan sesuatu yang meragukan.

Anthony Aiello, 90, bapa tiri kepada Karen, ‘melawatnya’ pada hari kejadian. Berdasarkan kamera litar tertutup yang merakam gambar kereta Anthony, dia berapa di situ selama selama 15 minit.

Bacaan nadi Karen di gelang Fitbit-nya menunjukkan peningkatan mendadak degupan jantung disusuli dengan tiada bacaan langsung, memberi gambaran jelas kepada polis tentang masa kematian Karen.

  • 3:20 PM – degupan jantung melambung tinggi
  • 3:28 PM – degupan semakin perlahan dan berhenti
  • 3:33 PM – Anthony Aiello meninggalkan rumah Karen

Anthony mengaku tidak bersalah dan sedang menunggu perbicaraan. sumber: cnet, bbc

Contoh gelang Fitbit dan rekod kecergasan.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: