Google Dedahkan Kerentanan Windows, Risiko Pengguna IE Dan Edge

0

Project Zero daripada Google ialah sebuah pasukan penganalisa keselamatan yang ditubuhkan oleh Google untuk memburu kerentanan (vulnerability) yang terdapat didalam perisian atau perkhidmatan atas talian.

Melalui Project Zero, Google telah membuat pendedahan berkenaan kerentanan pada sistem pengoperasian Windows. Kerentanan ini boleh disalahkgunakan oleh individu tertentu untuk menyerang komputer mangsa melalui perisian pelayar web Internet Explorer dan Edge.

Ujian mendapati serangan boleh digunakan ke atas Internet Explorer 11 dan Edge, oleh itu, semua pengguna Windows 7, Windows 8.1 dan Windows 10 berisiko diserang melalui cara ini.

Pendedahan ini dibuat selepas 90 hari Google melaporkan perkara ini kepada pihak Microsoft tetapi belum ada tindakan dilaksanakan untuk menutup (patch) ruang serangan tersebut.

Buat masa ini, pihak Google menyarankan pengguna mengelak daripada klik pautan yang diragui atau elakkan penggunaan Internet Explorer dan Edge untuk sementara waktu. Gunakan pelawar web lain sebagai alternatif.

sumber:softpedia

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: