Google Pixel Slate – Tablet Dengan Chrome OS, Keyboard Dan Stylus

0


Skrin 12.3 inci, Cip Pemproses Intel Core i7-8500y, Sehingga 16GB RAM

Dijadualkan pelancarannya pada 9 Oktober bersama dengan telefon Pixel 3 dan Pixel 3 XL, tetapi beberapa gambar tablet dengan Chrome OS ini, Google Pixel Slate sudah tertiris ke internet. Menurut laporan ia menggunakan kod nama ‘Nocturne’ dan didatangkan dengan warna biru gelap.

Berdasarkan pemerhatian pada gambar-gambar yang tersebar, tablet ini mempunyai stylus, papan kekunci boleh tanggal, pembesar suara stereo mengadap ke hadapan, sambungan USB type-C. Butang kuasanya pula mungkin juga menyertakan sensor pembaca cap jari.

 

sumber: mysmartprice

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: