Hater – Aplikasi Temukan Individu Berdasarkan Perkara Yang Dibenci

0

Kebanyakan aplikasi atau laman web untuk mencari pasangan atau rakan, mencadangkan kenalan berdasarkan perkara-perkara yang disukai seperti makanan, artis, tempat percutian, movie dan lagu kegemaran dan lain-lain.

Hater, aplikasi unik ini mengambil pendekatan berlainan untuk temukan kenalan. Seperti namanya, ia akan padankan individu berdasarkan perkara yang dibenci.

Anda benci brokoli? Cari pasangan yang juga bencikan brokoli. Anda benci raver? Cara pasangan untuk bersama mengutuk raver. Anda benci rokok? Pastikan dapat pasangan yang turut menbenci rokok.

Anda benci aplikasi Hater? Gunakan aplikasi Hater untuk mencari rakan lain yang turut membenci aplikasi ini 🙂

Buat masa ini aplikasi Hater hanya da untuk iOS

Download Hater (iOS)

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: