Huawei Mate 20 Pro – Telefon Berkuasa Dengan Cip 7nm

0

Telefon flagship Android terbaru dan mungkin paling berkuasa setakat ini, Huawei Mate 20 Pro (model LYA-L29), bakal dilancarkan 16 Oktober 2018.

Ia sangat ditunggu-tunggu kerana ini model Android pertama menggunakan cip 7nm (nanometer), cip terbaru keluaran Huawei sendiri iaitu Kirin 980 8-teras. Ia menawarkan penambahan ketara dari segi prestasi dan kecekapan tenaga berbanding cip 10nm yang banyak digunakan sekarang.

Berdasarkan senarai daripada portal Geekbench, Huawei Mate 20 Pro dilengkapi RAM sebanyak 6GB dan mencapai skor single-core sebanyak 3390 dan multi-core sebanyak 10318. Lebih tinggi daripada purata skor Samsung Galaxy Note 9 yang mendapat skor multi-core 9,100. Tetapi iPhone XS Max (cip 7nm A12 Bionic) mengatasinya dengan skor 11465. Bagaimanapun ini ialah skor pra-pelancaran yang mungkin akan berubah apabila ia keluar dengan hardware dan perisian yang akhir.

Penemuan pihak ITHome pula mendapati Huawei Mate 20 Pro mungkin akan keluar dalam 5 konfigurasi:

  1. 6GB memori, 256GB storan
  2. 6GB memori, 512GB storan
  3. 8GB memori, 128GB storan
  4. 8GB memori, 256GB storan
  5. 8GB memori, 512GB storan

Ia sudah mendapat lampu hijau daripada TENAA dan NCC, dua badan yang memberi kelulusan kepada telefon sebelum boleh dijual di rantau tertentu. Jadi anda sudah boleh menabung dan iklankan telefon sekarang di Mudah dan Carousel. Cuma berhati-hati dengan scammer ya 😜

Harga Huawei Mate 20 Pro di Malaysia pula, jika menurut tukaran matawang semasa:  Lebih kurang RM4,500 (anggaran tukaran matawang daripada £799 ~ $1,110)

sumber: techradar
Akaun twitter Huawei untuk lebih banyak teaser.

Tonton video teaser prestasi Huawei Mate 20 Pro

Tonton video teaser AI dalam Huawei Mate 20 Pro

 

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: