iPhone dan iPad Menjadi MacBook Dalam Paten Terbaru Apple

0

Paten dinamakan “Electronic accessory device” ini disiarkan oleh pejabat Paten Dan Tandaniaga US memperlihatkan sebuah alat seperti laptop. Tetapi ia tidak mampu beroperasi seperti laptop biasa dengan sendirinya.

Berdasarkan lakaran paten, alat tersebut bertindak sebagai host/dock untuk meletakkan iPad dan Iphone bagi melengkapkan fungsi sebuah laptop. iPad akan digunakan sebagai skrin paparan, manakala iPhone pula bertindak sebagai touchpad.

Kerangkanya mungkin akan menggunakan aluminum dan mempunyai rekabentuk seperti MacBook. Sambungan Lightning, Bluetooth dan Wifi juga mungkin disertakan ke alat tersebut. Storan dan memori tambahan juga dirancang untuk disertakan terus ke dalamnya. Sebuah firmware khas juga boleh disertakan untuk alat ini.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: