(Ura-Ura) iPhone Terbaru Dijangka Hadir Dengan Pengecasan Tanpa Wayar

0

Pengalisa industri menjangkan model iPhone yang akan datang akan disertakan dengan fungsi pengecasan tanpa wayar. Menurut kemaskini blog macrumors, fitur ini akan disertakan ke dalam semua 3 iPhone terbaru tahun ini iaitu iPhone 8 dan dua lagi kemaskini model iPhone 7.

Fitur yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh pengguna iPhone ini kemungkinan besar menjadi kenyataan kerana ia selari dengan sasaran Apple untuk mengetengahkan teknologi tanpa wayar.

Jika jangkaan ini benar, di masa akan datang tidak mustahil Apple akan turut membuang port sambungan terakhir yang ada pada iPhone iaitu port Lightning untuk pengecasan dan pindahan data. Sama seperti yang berlaku kepada port sambungan audio yang sudah dibuang dan digantikan dengan sambungan audio tanpa wajar seperti AirPods.

Diharapkan Apple tidak menjual pengecas tanpa wayar secara berasingan dengan harga hanya USD399 🙂

Anda gunakan iPhone? Mungkin boleh mula menabung sekarang untuk iPhone terbaru. Jika ingin mencuba pengecasan tanpa wayar sekarang, anda boleh dapatkan casing yang menyediakan fungsi ini. Sudah tentu harganya jauh lebih murah daripada iPhone yang baru.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: