JomLaunch 6 Bakal Berlangsung Pada September

0

Satu acara hebat anjuran komuniti JomWeb yang dinamakan JomLaunch bakal berlangsung buat pada bulan September 2018. Ini ialah kali ke-6 acara ini dianjurkan dan akan bertempat di TM Convention Centre, Kuala Lumpur.

 

JomLaunch merupakan platform untuk ahli-ahli komuniti JomWeb membentangkan dan melancarkan sebarang produk atau servis yang melibatkan ICT dan teknologi-teknologi lain. Ianya bertujuan bagi membantu projek-projek komuniti, sumber terbuka, projek persendirian mahupun komersil dapat diketengahkan ke perhatian umum.

Acara ini sangat menarik kepada anda yang minat di dalam bidang teknologi dan juga perniagaan. Disamping dapat idea dan pengetahuan baru dalam teknologi, anda juga berpeluang untuk mengenali rakan baru di dalam minat dan bidang yang sama.

Dapatkan maklumat lanjut dan tiket di laman web : launch.jomweb.my

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: