JomParking – Bayar Parkir Tanpa Kupon Letak Kereta Dan Tunai

0

Jika dibuat bancian, ramai pemandu akan katakan pernah dikompaun atas kesalahan meletak kereta yang melibatkan bayaran parkir. Antaranya, (1) tidak meletakkan kupon letak kereta, mungkin kerana sukar mencari tempat jualan kupon, dan (2) parkir melebihi masa yang tertera pada kupon kerana tidak sempat kembali ke kereta untuk menggores kupon baru.

Kini dengan aplikasi JomParking, masalah ini dapat diatasi. Pemandu tidak perlu lagi membeli dan menggores kertas kupon. Semuanya dihujung jari sahaja.

Dengan hanya memasukkan nombor plat kenderaan, lokasi, dan masa, bayaran parkir terus boleh dibuat secara atas talian tanpa menggunakan wang tunai. Antara kelebihan yang sangat menarik pada JomParking ialah, jika urusan tertentu belum selesai, pemandu boleh panjangkan masa parkir kenderaan melalui aplikasi tersebut di mana saja tanpa perlu pergi ke kenderaan.

Mungkin anda tertanya, bagaimana penguatkuasa memeriksa sama ada anda sudah bayar parkir atau tidak. Bagi pihak yang menguatkuasakan parkir melalui JomParking, contohnya Majlis Perbandaran yang menyertai perkhidmatan ini, mereka boleh mengimbas nombor plat kenderaan menggunakan aplikasi atau peranti khas, dan terus boleh melihat status parkir kenderaan.

JomParking sedang berusaha memperluaskan perkhidmatan mereka ke seluruh Malaysia dan di luar negara. Selain petak parkir jalan, JomParking juga merancang untuk diintegrasikan dengan petak parkir pusat membeli belah dan seumpamanya.

Anda boleh semak kawasan yang menggunakan JomParking laman web mereka.

Layari jomparking.com

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: