Kanak-Kanak Terkena Komputer Tablet, Terbunuh Dalam Kemalangan

0

Peranti eletronik seperti telefon dan tablet sering digunakan oleh ibu bapa sebagai peneman anak-anak di dalam kereta lebih-lebih lagi jika perjalanan yang panjang, bagi mengelakkan anak-anak kebosanan dan buat perangai.

sekadar hiasan

Satu kejadian terbaru di Sepanyol, seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun terbunuh apabila kereta yang dipandu ibunya melanggar bahagian belakang sebuah bas sekolah.

Menurut laporan, ketika kejadian kanak-kanak tersebut sudah dipasangkan tali pinggang kaledar jenis Isofix, dan punca kematian masih belum disahkan tetapi impak sebuah komputer tablet yang menghentam mukanya ketika kemalangan berlaku menyebabkan beberapa kecederaan serius di bahagian kepala.

sekadar hiasan

Kejadian seumpama ini dianggap terpencil kerana ia sangat jarang berlaku. Peraturan lebuhraya UK menetapkan bahawa setiap objek berat dan tajam di dalam kereta perlu dipastikan selamat. Tetapi tiada undang-undang menegaskan ia mesti diikat.

Benar kemalangan tragik ini sangat jarang didengar, tetapi untuk keselamatan semua di dalam kereta, apa-apa saja objek di dalam kereta perlu dipastikan selamat dan tidak membawa sebarang risiko jika berlakunya kejadian tidak diingini seperti kes ini.

Ada tips keselamatan dan cara mengelakkan anak kebosanan dalam kereta? Kongsikan di bahagian komen.

sumber: bbc

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: