Kata Laluan ‘Kacang’ Diharamkan Di California Menjelang 2020

0

California sangat aktif dalam memastikan keselamatan siber dan teknologi melalui pelbagai undang-undang baru. Kini satu lagi akta baru diperkenalkan, menjelang tahun 2020, semua peranti dibuat atau dijual di California, datang dengan kata laluan, mesti menggunakan kata laluan yang unik.

Dengan syarat ini, kata laluan yang ‘kacang’ (lemah), berulang dan mudah diteka, tidak lagi boleh digunakan. Jadi kata laluan seperti ‘admin’, ‘password’, ‘123456’, haram digunakan.

Jika syarat ini digunakan di Malaysia, banyak produk dan perkhidmatan akan gagal melepasi undang-undang. Seperti router daripada TM yang banyak menggunakan kata laluan ‘tmadmin’, ‘admin’, ‘[email protected]’ dan lain-lain.

Peranti yang bersambung  dengan internet dan menggunakan kata laluan yang lemah, sangat berisiko ditemui dan mudah diceroboh oleh sesiapa sahaja. Antaranya dengan menggunakan enjin carian seperti Shodan. Jika ini berlaku, pelbagai data boleh dicuri antaranya dengan menukar web (DNS redirect) yang anda layari ke laman web palsu (phishing).

sumber: bbc

Lihat senarai 100 kata laluan paling kerap digunakan.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: