Kecerdasan Buatan Untuk Mengesan Perokok Di Stesen Minyak

0

Kerap kali kita melihat invididu yang melanggar peraturan di stesen minyak, terutamanya merokok. Baru-baru ini juga telah viral tentang perselisihan faham antara pekerja stesen minyak dan seorang lelaki yang merokok di dalam kawasan stesen minyak.

Terkini, Microsoft dan Shell bekerjasama untuk membina kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan perokok di dalam kawasan stesen minyak. Ujian permulaan akan dilakukan di sebuah stesen minyak di Thailand dan sebuah lagi di Singapura. Mereka juga merancang untuk menguji sistem yang sama di pelantar dan pusat penapisan minyak.

Kamera-kamera di stesen minyak Shell akan menghantar imej ke sebuah peranti yang menjalankan program Azure IoT Edge, di stesen tersebut untuk dianalisa. Setiap imej yang dianggap mengandungi rokok akan dihantar ke pelayan cloud Microsoft Azure. Notifikasi akan dihantar kepada pengurus stesen minyak terbabit untuk tindakan.

Kerjasama ini juga akan menggunakan teknologi kecerdasan buatan untuk menentukan penggalian minyak yang lebih cekap dan membantu komunikasi antara kakitangan Shell di seluruh dunia.

sumber: cnet

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: