Kemaskini Perlahankan Telefon, Samsung Dan Apple Didenda

0

Pernahkah anda rasa telefon yang dibeli pada awalnya laju dan smooth sahaja, semakin lama jadi semakin perlahan apabila dikemaskini, lebih-lebih lagi apabila jenama telefon tersebut akan keluar dengan model baru?

Samsung dan Apple didenda di Itali masing-masing sebanyak 5 juta euro (~RM24 juta) dan 10 juta euro (~RM48 juta) kerana mengeluarkan kemaskini yang perlahakan telefon pengguna. Secara tidak langsung akan mempengaruhi pengguna membeli telefon model yang lebih baru.

Pada tahun lepas Apple mengakui yang mereka dengan sengaja memperlahankan prestasi telefon untuk mengelakkan masalah bateri yang sudah lama, tetapi menafikan yang berbuat demikian untuk mempengaruhi penggguna membeli model baru.

Samsung pula didenda kerana kemaskini kepada model Note 4 menyebabkan model tersebut menjadi sangat perlahan. Telefon yang dicas penuh juga tidak bertahan lama. sumber: cnet

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: