Kerentanan MacOS Mojave Risikokan Privasi Pengguna

0

Pengasas bersama Digital Security, Patrick Wardle dalam akaun Twitter-nya berkata, “mod gelap Mojave menarik… tapi bagaimana janjinya untuk tingkatkan perlindungan privasi?”

Beliau mendedahkan kerentanan Zero-Day tersebut pada hari yang sama MacOS Mojave dibuka untuk muat-turun kepada pengguna. Melalui kerentanan ini, sesebuah aplikasi boleh melepasi kawalan privasi sistem pengoperasian dan mengakses buku alamat pengguna.

Demonstrasi melepasi kawalan privasi MacOS Mojave

Menurut beliau lagi, aplikasi tidak perlukan sebarang kebenaran daripada pengguna untuk melepasi kawalan privasi ini. Tetapi kerentanan ini tidak melibatkan semua semua fitur privasi baru.

Sehingga artikel ini disiarkan, belum ada respon daripada Apple mengenai perkara.

sumber zdnet

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: