Magic Leap One Membawa Augmented Reality Ke Tahap Baru

0

Selepas bertahun-tahun penyelidikan, pembangunan, video demo dan acah, dan pelaburan berbilion dolar AS, Magic Leap akhirnya bersedia dengan produk untuk dipasarkan.

Kegunaan teknologi Augmented Reality sangat luas, bukan sahaja untuk permainan, ia turut digunakan dalam bidang perubatan, pembinaan bangunan, jualan perabot, dan banyak lagi. Jadi tidak hairanlah syarikat teknologi seperti Magic Leap mendapat perhatian dan pelaburan besar untuk kajian dan pembangunan mereka.

Ini contoh video yang pernah viral suatu masa dulu tentang teknologi yang sedang dibangunkan oleh Magic Leap. Ia telah menarik banyak perhatian serta menimbulkan desas-desus yang positif dan negatif dari pelbagai pihak.

Kini mereka melancarkan Magic Leap One, satu set ‘konsol’ mudah alih dan sedia untuk dibeli oleh pembangun dan pengguna.

Komponennya terdiri daripada:

  1. Lightwear – lensa, camera, sensor, audio dan lain-lain
  2. Lightpack – komputer utama, CPU, GPU dan lain-lain
  3. Control – alat kawalan di tangan

Berikut ialah spesifikasi Magic Leap One

  • CPU: NVIDIA® Parker SOC; 2 Denver 2.0 64-bit cores + 4 ARM Cortex A57 64-bit cores (2 A57’s dan 1 Denver)
  • GPU: NVIDIA Pascal™, 256 CUDA cores; Graphic APIs: OpenGL 4.5, Vulkan, OpenGL ES 3.3+
  • RAM: 8 GB
  • Storan: 128 GB
  • Kuasa: Bateri lithium-ion terbina dalam. Penggunaan sehingga 3 jam.
  • Sambungan: Bluetooth 4.2, WiFi 802.11ac/b/g/n, USB-C

Tonton demo permainan AR ‘Dr. Grordbort’s Invaders’ dilancarkan untuk Magic Leap One. Ia menunjukkan pengintegrasian yang unik dan kelihatan ‘real’ di antara grafik komputer dan alam realiti. Perhatikan bagaimana watak permainan muncul di skrin dalam masa yang sama berada di belakang meja. Wow…

Maklumat lanjut: https://www.magicleap.com/magic-leap-one

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: