Maideasy – Mudahnya Mendapatkan Khidmat Membersihkan Rumah

0

Seperti jenamanya, Maideasy memudahkan anda mendapatkan perkhidmatan membersih, mengemas malah mengecat rumah anda secara sementara. Bermakna anda hanya mengupah pekerja untuk satu sesi, tanpa perlu komitmen untuk membayar gaji pekerja secara bulanan.

Antara servis yang disediakan ialah mencuci karpet, membersih dan mengemas rumah, cucian dan menyental untuk persediaan berpindah masuk/keluar rumah, pembersihan menyeluruh satu rumah, dan mengecat dalam rumah.

Proses tempahan pula sangat mudah iaitu dengan menggunakan laman web atau aplikasi mudah alih Maideasy. Hanya pilih jenis perkhidmatan, tarikh dan sesi cucian yang bersesuaian dengan anda dan beberapa maklumat ringkas. Anda juga ada pilihan untuk satu sesi cucian atau setiap minggu.

Yang paling menarik ialah, harga untuk perkhidmatan semuanya sudah ditetapkan dan disenaraikan dengan jelas. Anda tidak perlu risau tentang bayaran tersembunyi, cas tambahan atau bayaran minimum.

Semua individu yang menyertai Maideasy sebagai petugas/pencuci pula terdiri daripada rakyat Malaysia sendiri dan telah melalui proses latihan yang rapi. Jika pelanggan tidak berpuas hati dengan kerja yang dilakukan, pihak Maideasy akan menghantar pencuci lain tanpa sebarang kos. Kepada yang berminat menjana pendapatan sampingan juga boleh menyertai Maideasy.

Layari : https://www.maideasy.my

Muat-turun aplikasi : AndroidiOS

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: