Microsoft Patenkan Peranti Baru Dengan Skrin Fleksibel Boleh Lipat

0

Sebelum ini telah heboh tentang peranti daripada Microsoft dengan kod nama ‘Surface Andromeda’ iaitu sebuah peranti boleh lipat. Andromeda akan memiliki 2 skrin dengan engsel di tengah jadi mudah untuk dilipat. Projek Andromeda belum menjadi realiti atau prototaip.

imej dari engadget

Kini paten baru daripada Microsoft telah dikesan dan ia menunjukkan sebuah peranti boleh lipat dengan 1 skrin fleksibel. Bukan lagi 2 skrin seperti projek Andromeda.

Paten kali ini menunjukkan peranti yang agak futuristik dan canggih. Daripada rajah yang disertakan, engselnya kelihatan seperti peranti ini boleh lipat 360 darjah. Ia boleh dilipat rapat ke dalam, dibuka dan dilipat rapat pula keluar.

Sejauh mana kesedian Microsoft untuk realisasikan peranti ini masih belum jelas. Microsoft kelihatan seperti mahu perkukuhkan kedudukannya dalam arena pembuatan peranti, tidak lagi hanya fokuskan kepada perisian.

Seperti mana jualan Microsoft Surface telah melonjakkan Microsoft di kedudukan 5 pengeluar komputer di AS. Lihat Laporan Jualan PC Seluruh Dunia 2018, Kali Pertama Microsoft Di Tangga Ke 5 Teratas

Baca Samsung Bakal Lancarkan Peranti Skrin Fleksibel Boleh Lipat Tidak Lama Lagi

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: