MobiLimb – Jari Aneh Untuk Telefon

0

Mahukah anda sebuah telefon yang boleh merangkak kepada anda apabila dipanggil? Atau ‘mengetuk’ meja apabila ada notifikasi baru?

Apakah perasaan anda jika orang yang sedang berbual dengan anda di telefon bukan saja menghantar pelbagai jenis emoji, malah boleh menghantar ‘sentuhan’ kepada anda?

Ini mungkin boleh memenuhi kemahuan pelik anda. MobiLimb, sebuah peranti boleh berubah bentuk, tambahan untuk telefon berbentuk jari yang boleh digunakan untuk berbagai tujuan, dibina oleh Marc Teyssier dan pasukannya penyelidiknya dari Universiti Paris-Saclay dan Universiti Sorbonne.

Antara kebolehan MobiLimb

  • Integrasi pergerakan melalui aplikasi dan permainan
  • Bergerak mengikut arahan yang diprogramkan
  • Menerima input sentuhan di tempat berbeza
  • Menerima input pergerakan (contohnya seperti joystick)


sumber: mobilimb

Tonton video pergerakan MobiLimb

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: