myQuran – Aplikasi ‘Crowd Learning’ Belajar Membaca Al-Quran

0

Melihat kepada lambakan aplikasi dan platform perkongsian media hiburan dengan fungsi maklum balas daripada penonton seperti TikTok dan Bigoo, telah mencetuskan idea kepada pembangun perisian bebas sepenuh masa Hairudin, untuk membangunkan satu platform menggunakan konsep yang sama tetapi bertujuan untuk belajar membaca Al-Quran. Maka lahirlah aplikasi myQuran.

Konsep yang dinamakan ‘Crowd Learning’ atau belajar beramai-ramai (secara berjemaah) ini membolehkan pengguna merakamkan dan kongsikan bacaan Al-Quran. Pengguna lain boleh mendengar bacaan dan meninggalkan komen maklum balas untuk memperbaiki bacaan. Fungsi bacaan luar talian juga disertakan supaya pengguna boleh jejak bacaan sendiri.

Antara fitur yang ada dan bakal ditambah ialah:

  • Rakam bacaan dan kongsi dengan fungsi maklum balas pengguna lain
  • Bacaan luar talian dan menjejak kemajuan
  • Kumpulan dan Kelas membaca Al-Quran
  • Mencari guru dan rakan untuk berlatih
  • Follow pengguna lain

Aplikasi ini sesuai untuk semua peringkat umur. Ia dilancarkan untuk kegunaan persendirian dan pendidikan. Pembangun juga mengalukan sumbangan untuk menampung kos operasi aplikasi tersebut.

Layari : myquran.app

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: