Naik-taraf Percuma Streamyx Ke Unifi

0

Telekom Malaysia (TM) telah melancarkan satu laman web khas untuk pengguna Streamyx menyemak status naik-taraf percuma sambungan internet mereka kepada Unifi. Berdasarkan pengumuman sebelum ini, TM juga menyenaraikan pengguna Streamyx sedia ada bakal menerima naik-taraf percuma.

Berita baik ini sangat ditunggu-tunggu oleh pengguna Streamyx kerana dengan pelbagai pakej internet kelajuan tinggi ditawarkan pada tahun ini, pengguna Streamyx masih menghadapi kelajuan terhad dengan harga pakej yang agak mahal jika dibandingkan dengan pakej Unifi.

Naik-taraf ini bergantung kepada keupayaan infrastruktur yang ada di kawasan atau bangunan pengguna untuk menyokong sambungan Unifi.

Jika anda pengguna Streamyx, anda boleh buat semakan di sini.

Anda dapat naik-taraf percuma?

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: