Aplikasi Notch Battery Bar – Hiaskan Takuk Dengan Bar Bateri

0

Takuk (notch) satu trend yang semakin diterima oleh pengguna telefon pintar. Sesetengah pengguna terpaksa menyuaikan diri dengan kehadiran takuk demi mendapatkan model telefon terbaru. Ada juga yang gunakan wallpaper dengan warna hitam dibahagian atas untuk sembunyikan takuk tersebut.

Salah satu cara lagi untuk menghargai takuk ditelefon anda ialah dengan hiaskan ia dengan bar peratusan bateri. Notch Battery bar menggunakan fungsi live wallpaper untuk lakukan perkara ini. Aplikasi ini hanya untuk telefon yang mempunyai takut, dan mungkin juga tidak stabil atau tidak berfungsi pada sebahagian model telefon yang mempunyai takuk.

Anda boleh cuba versi Percubaa dan juga berbayar untuk dapatkan beberapa fungsi tambaha.

Muat-turun di sini : Versi PercumaVersi Berbayar

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: