Nur Amira Syahira – Pemain Dram 15 Tahun Malaysia Dengan 1 Juta Pelanggan

0

Mula muat-naik video ke Youtube pada 2011 dengan tujuan hanya untuk simpanan dan rujukan supaya tidak hilang, kini pemain dram dari Malaysia berusia 15 tahun, Nur Amira Syahira Azizul, menyambut 1 juta pelanggan di saluran Youtube miliknya.

Menurut Juara Ceria All Star musim pertama itu, “Dengan mendapat 1 juta YouTube subscriber, Mira menjadi pemain dram wanita kedua tertinggi selepas Meytal Cohen”.

“Jadi, apabila Mira sering membuat video dram cover dan live chat dengan peminat, itu banyak membantu Mira dalam menarik perhatian pelayar YouTube dan sekaligus, mendapat pelanggan yang ramai di channel YouTube Mira sendiri” tambahnya lagi.

Nur Amira diundang sebagai ahli panel YouTube Creater sempena YouTube Creater Day 2018. Dia meletakkan hasrat dan cita-cita untuk menjadi pemain dram wanita bertaraf dunia. Apabila pelanggan di saluran YouTubenya meningkat, ia membantu menjana pendapatan bagi dirinya.

saluran Youtube: Nur Amira Syahira
sumber: utusan

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: