PandaiBot Memudahkan Urusan Pengguna Telegram

0

Telegram ialah antara aplikasi yang menyediakan akses Bot API untuk kemudahan pembangun membina fungsi-fungsi unik terus ke dalam Telegram.

Seorang pembangun tempatan mengambil inisiatif untuk membina sebuah Bot untuk memudahkan pengguna Telegram melakukan beberapa urusan yang dinamakan PandaiBot.

Agak mudah menggunakan bot ini kerana pengguna hanya perlu ‘berborak’ dengannya untuk melakukan urusan tertentu. Arahan dan langkah-langkah disertakan bersama ketika berinteraksi dengan PandaiBot.

Setakat artikel ini ditulis, fungsi yang tersedia ialah :

  • Menyemak status penghantaran kurier : Pos Laju, Pos Malaysia, SkyNet, City-Link, GD Express, Airpak Express
  • Pelbagai urusan lain : Semak senarai hitam PTPTN, berita terkini dari portal terpilih, kamus untuk carian terjemahan Bahasa Malaysia/Inggeris, waktu solat seluruh Malaysia, ayat mengorat (pickup line), kuot kata-kata individu terkenal, semak kadar matawang
  • Fungsi cari gambar dan gambar bergerak (GIF) juga ada.

Jika anda sudah menggunakan Telegram,
hanya buat carian @pandaibot dari dalam Telegram anda.

Bagi yang belum memiliki aplikasi Telegram, anda boleh muat turun daripada Playstore/Appstore.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: