Paul Allen Bersama Bill Gates Mengasaskan Microsoft, Meninggal Dunia Di Usia 65

0

Paul AllenBeliau ialah rakan baik Bill Gates yang bersama mengasaskan syarikat gergasi Microsoft, pada tahun 1976. Punca kematiannya ialah disebabkan kanser darah (Non-Hodgkin’s lymphoma) yang dialaminya.

Bill Gates meluahkan rasa sangat sedih dan berkata yang dunia perkomputeran peribadi mungkin tidak akan wujud tanpa Paul.

Paul Allen dan Bill Gates kali pertama bertemu ketika mereka belajar di Lakeside School, Seattle. Ketika itu Paul berusia 14 tahun dan Bill pula 12 tahun. Kurang sedekad kemudian mereka tubuhkan Microsoft.

Paul Allen dan Bill Gates

Paul meninggalkan Microsoft pada tahun 1983 ketika sedang menjalani rawatan kanser. Allen mengaku dia bertanggungjawab memberi nama ‘Microsoft’ dan mencipta tetikus dengan dua butang.

sumber: theverge, bbc

Tweet daripada nama besar dalam bidang teknologi:

 

 

 

 

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: