Pemacu USB Kingston 2TB, Storan Terbesar Dan Termahal Di Dunia

0

Pada Januari lalu, Kingston yang terkenal dengan teknologi storan dan memori komputer, telah memperkenalkan storan pemacu USB berkapasiti terbesar di dunia iaitu 1TB dan 2TB, dinamakan DataTraveler Ultimate GT.

Kini harganya telah diumumkan.

Untuk model 1TB diletakkan pada USD $1,319 (~RM5,860). Manakala model 2TB pula boleh didapati dengan harga USD $2,273 (~RM10,100). Sangat affordable bukan 🙂

Sebagai pengguna biasa, tidak pasti tujuan penggunaan pemacu USB berkapasiti dan harga seperti itu. Tetapi jika anda berminat, di bawah ini maklumat spesifikasi produk ini.

Spesifikasi Kingston DataTraveler Ultimate GT:

  • Kapasiti: 1TB, 2TB
  • Kelajuan: USB 3.1 Gen. 1
  • Saiz Dimensi: 72mm x 26.94mm x 21mm
  • Suhu Operasi: -25°C hingga 60°C
  • Suhu Simpanan: -40°C to hingga°C
  • Jaminan: 5-year beserta percuma bantuan teknikal
  • Keserasian: Windows 10, Windows 8.1, Windows 8, Windows 7 (SP1), Mac OS 10.9.x dan ke atas, Linux v.2.6.x dan ke atas, Chrome OS

sumber:zdnet

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: