(Video) Pemain Profesional Counter-Strike Ditangkap Menipu Dalam Pertandingan

0

Seorang pemain permainan Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO) yang bertaraf profesional ditangkap menipu di dalam pertandingan Zowie eXTREMESLAND 2018, yang berlangsung di Shanghai. Pemain tersebut Nikhil ‘forsaken’ Kumawat daripada pasukan OpTic India didapati menggunakan perisian ‘auto-aim‘ yang membantunya menembak pemain lawan dengan lebih mudah. Dipetik dari laporan motherboard.

Ketika perlawanan kedua, pertandingan dihentikan sementara dan seorang wakil pengurusan datang memeriksa komputer Kumawat. Beliau cuba membuang perisian tersebut tetapi dihalang.

Berikut ialah video saat Kumawat kantoi menggunakan perisian ‘auto-aim‘ sambil diperhatikan rakan sepasukannya.

Akibat daripada kejadian itu, pasukan Optic India disingkirkan daripada pertandingan.

Berikut pula beberapa gambar pasukan Optic India bersiap meninggalkan pertandingan dan bukti perisian yang digunakan Kumawat.

Optic India mengeluarkan satu Tweet berkata mereka menamatkan kontrak bersama Kumawat dan turut melepaskan semua ahli pasukan yang sedia.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: