Penyelidik Jalankan Simulasi Serangan Ransomware Ke Atas Sistem Kawalan Industri

0

Peningkatan serangan ransomware pada hari ini sangat merisaukan. Daripada pengguna biasa, kini sasaran utama ialah pemilik perniagaan dan juga industri.

Penyelidik di Institut Teknologi Geordia telah mencipta sejenis perisian ransomware yang boleh menyerang loji bekalan air. Perisian ini mampu memasang dirinya sendiri ke dalam sistem. Ia memberi akses untuk penyelidik tersebut menukar tahap klorin, menutup injap air dan memaparkan bacaan yang salah.

Dalam situasi sebenar, ransomware ini boleh digunakan untuk mengambil alih akses sistem kawalan di loji tersebut dan mengugut untuk meningkatkan tahap klorin dalam air jika wang tebusan tidak dibayar.

Dengan simulasi ini juga, mereka menemui 1400 PLC (programmable logic controllers) yang berhubung dengan internet dan sejenis malware yang mampu membuka pintu untuk penggodam. Pihak industri yang terlibat kebanyakannya tidak menyedari yang mesin atau PLC mereka berhubung dengan internet dan terdedah kepada ancaman penggodam, malware dan ransomware.

Penyelidik tersebut akan bincangkan hasil kajian mereka di persidangan RSA di San Francisco.

Sumber : techcrunch

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: