Pisang Ada Degupan Jantung, Berdasarkan Gelang Penjejak Kecergasan

0

Seorang pengguna media sosial Weibo telah berkongsi kekeliruannya berkenaan gelang penjejak kecergasan miliknya, Xiaomi Mi Band 3 telah mengesan degupan nadi di tisu tandas. Ini mencetuskan pelbagai reaksi apabila semakin ramai pemilik gelang seumpama itu turut menguji dan berkongsi keputusan yang sama.

 

Pihak Abacus News telah menjalankan ujian sendiri untuk mengesahkan perkara ini. Ya, ia betul-betul menjadi. Dalam beberapa percubaan, ada masa tiada bacaan dan ada masa mereka mendapat bacaan rawak di antara 59bpm sehingga 88bpm.

Ujian seterusnya dilakukan kepada cawan dan pisang. Sama, kedua-duanya turut menunjukkan bacaan nadi. Pelik ni. Selain jenama Xiaomi, perkara sama turut terjadi apabila menggunakan jam pintar Android Wear, Apple Watch Siri 4 dan Ticwatch.

Tonton video ujian ini.

Puncanya, Photoplethysmography (PPG). Perkara ini berlaku kerana model-model yang diuji menggunakan sinar cahaya hijau untuk bacaan nadi. Darah bewarna merah, memantulkan cahaya merah tetapi boleh menyerap cahaya hijau. Bila jantung berdegup dan aliran darah semakin laju, ia menyerap semakin banyak cahaya hijau. Sensor akan mengesan pantulan cahaya hijau tersebut dan tentukan berapa pantas jantung berdegup.

Objek-objek yang diuji itu menyerap cahaya hijau bergantung kepada sudut dan tahap pantulan cahaya permukaannya. Maka sensor akan tertipu yang objek tersebut ada degupan jantung. sumber: abacusnews

Jika anda ada gelang penjejak kecergasan, boleh cuba pada objek berbeza. Kongsikan keputusan ujian.

Baca Gelang Penjejak Kecergasan Fitbit, Bantu Kes Pembunuhan

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: