Plastik Di Dalam Garam, 90% Sampel Gagal Ujian

0

Satu penyelidikan bersama oleh Professor Kim Seung-Kyu dari Universiti Kebangsaan Incheon dan Greenpeace East Asia mendapati sejumlah besar garam dari seluruh dunia yang diuji tercemar dengan plastik halus (microplastics).

Plastik yang bersaiz kurang daripada 5 milimeter dianggap ‘microplastic‘.

Mereka menganalisa 39 sampel garam daripada pelbagai jenama dan mendapati hanya 3 jenama yang tidak mengandungi plastik. Mengikut sumber garam pula, garam laut paling banyak tercemar berbanding garam tasik dan garam batu/bukit.

Tahap kandungan plastik boleh menentukan tahap pencemaran di kawasan sumber garam tersebut. Negara-negara Asia menunjukkan pencemaran terburuk dan salah satu sampel garam daripada Indonesia menunjukkan kandungan plastik yang paling tinggi.

graf

Jika dibuat anggaran, anggap seorang dewasa mengambil 10 gram garam dalam makanan setiap hari, setahun boleh mencecah 2000 plastik halus yang masuk ke dalam sistem percernaan, itu daripada garam sahaja.

 

Bagaimana plastik halus ini masuk ke dalam garam? Apabila bahan buangan plastik dibawa ke laut, lama kelamaan ia akan mula pecah kepada bahagian-bahagian kecil. Terlalu halus sehingga sukar dilihat. Plastik halus ini terlepas masuk semasa proses menghasilkan bahan makanan seperti garam.

sumber: pubs.acs.org, greenpeace, vice

 

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: