Polis Dan KKMM Memantau Pengguna Web Lucah

0

Melalui kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), pemantauan akan dilakukan kepada pengguna internet yang melayari laman web lucah.

Timbalan Menteri KKMM, Eddin Syazlee Shith mengesahkan perkara ini. Beliau berkata laman sesawang terbabit akan turut disekat dalam tempoh terdekat menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Satu unit baharu PDRM, Unit Siasatan Jenayah Siber (Internet) Terhadap Kanak-kanak Malaysia (Micac) ditubuhkan dengan kemampuan memantau mereka yang melayari kandungan lucah di alam siber, terutamanya pornografi kanak-kanak.

Dalam membuat pemantauan, unit berkenaan yang dilengkapi peralatan canggih juga akan mengesan kekerapan dan jenis kandungan lucah yang dimuat naik serta dimuat turun pengguna berkenaan bagi tujuan pendakwaan nanti.

sumber: astroawani

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: