Proton Dijual Dengan Harga RM228,000

0

BTC ialah unit kepada matawang digital Bitcoin. Pada masa artikel ini ditulis, 1BTC bersamaan RM5700. 40BTC bersamaan RM228,000. Itulah harga Proton.

Proton ialah nama sejenis malware untuk komputer Mac. Malware ini dikatakan mampu mengelak daripada dikesan, melepasi perisian antivirus dan mengambil-alih sepenuhnya komputer mangsa.

Kini ia sedang aktif dijual dipasaran gelap melalui rangkaian Dark Web. Pada awalnya, Proton dijual dengan harga 100BTC tanpa had jumlah komputer yang mahu diserang, tetapi diturunkan kepada 40BTC. Untuk pemasangan pada hanya 1 komputer mangsa, ia boleh didapati dengan hanya 2BTC (RM11400).

Bahaya Proton

Malware berbahaya ini boleh mengawal sepenuhnya komputer mangsa termasuk komponen-komponen lain. Ia boleh mencuri lihat webcam dan skrin komputer mangsa, merekod kekunci yang ditaip, menghantar dan mencuri fail, dan lebih menakutkan, penyerang akan mendapat notifikasi setiap kali komputer mangsa beroperasi.

Ia juga boleh memaparkan tetingkap yang meyakinkan, meminta maklumat sensitif seperti kad kredit, lesen memandu dan sebagainya.

Pembangun malware ini mendapatkan sijil keaslian perisian dengan melepasi tapisan dan halangan Mac, malah memalsukan pendaftaran Apple Developer ID Program atau menggunakan maklumat pembangun lain yang dicuri.

sumber:softpedia

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: