PS4 Anda Berbunyi Kuat, Jangan Biarkan Saja

0

Saya ingin kongsikan pengalaman menghadapi masalah PS4 Pro saya yang keluarkan bunyi kuat seperti bunyi jet turbo. Ini bukan ‘exaggerate‘ atau cakap lebih, bunyinya memang seakan bunyi enjin jet yang nak berlepas. Bising seluruh bilik atau ruang tamu. Sesiapa yang pernah hadapi mesti bersetuju. Ini antara contoh yang dirakam oleh seorang pengguna:

Ceritanya

Saya beli PS4 Pro daripada orang lain (second hand), bila cuba main beberapa games yang ringan dan berat, digital dan disk, semuanya keluarkan bunyi bising. Saya cuba beberapa perubahan di Settings antaranya Supersampling, tiada tanda bunyi berkurang. Saya hubungi pemilik asal dan beliau jawab yang PS4 Pro memang biasa bunyi kipas kuat. Saya cuba Google, memang betul ramai mengadu masalah yang sama. Sedikit kecewa ketika ini sebab saya tidak tahu masalah ini sebelum beli.

Bila baca di Internet seperti forum dan group FB, sama ada Malaysia atau seluruh dunia, ramai yang kata :

  • ps4 pro memang macam tu.
  • biarkan saja. pro mmg kuat skit bunyi dia.
  • game yg high graphic je, yg ringan xde.
  • kipas kotor, habuk. buka cuci sikit ok la.
  • beli model yg baru. model lama problem.

Ada juga yang nasihatkan anda untuk ‘bedah’ konsol anda, buka semua dan cuci komponen dalam. Jangan !

Pada mulanya saya buka penutup atas dan cuba cuci kipas dan tempat yang boleh dicapai sebersih mungkin. Tapi tetap sama juga. Oleh kerana PS4 saya masih dalam warranty, jadi saya tidak buka lebih dalam risau rosakkan sticker dan void warranty. Ps: Buka cover atas saja tiada masalah. Tonton tutorial untuk buka top cover di sini.

Punca Masalah

Selepas lebih lama luangkan masa meng-Google, saya terbaca yang kipas penyejuk PS4 Pro model yang awal memang ada masalah. Sony mendapat bekalan komponen seperti kipas ini daripada beberapa pembekal berbeza. Salah satu pembekal hasilkan kipas yang tidak sempurna (defective). Jadi jika PS4 anda juga bunyi bising, ia mungkin gunakan kipas daripada pembekal yang bermasalah tu.

Habuk juga mungkin penyebabnya. Bila kipas dipenuhi habuk dan rambut, ia perpusing perlahan. Sistem yang panas akan kerahkan kipas bekerja lebih maka akan terhasil bunyi yang kuat. Jika pada awal beli. tiada bunyi bising, dan lama selepas itu baru konsol anda keluarkan bunyi bising, sila periksa di tempat anda letakkan konsol. Jika memang berhabuk, boleh cuba bersihkan sedikit dahulu kipas daripada penutup atas konsol.

Solusi Masalah

Untuk masalah saya, selepas cuci masih sama bunyi bising. Masih tidak berpuas hati. Tidak mungkin kita beli PS4 untuk main game dalam keadaan bising macam jet. Tidak ditulis di kotak, “Your PS4 Pro may produces jet-like sound“. Sony mesti perbaiki masalah ini. Bermula dari sini baru saya terfikir untuk terus hubungi pusat servis Sony. Saya terangkan masalah dan mereka minta hantar konsol PS4 Pro saya yang bermasalah untuk diperiksa dahulu.

Bila di kaunter, saya terangkan semula masalah, mereka seperti sudah biasa dengar masalah bunyi jet ini. Saya tanyakan tentang bayaran, mereka jawab jika memang masalah kipas ada masalah atau defect, ia akan digantikan percuma sebab masih dalam warranty.

Hanya bawa konsol saja, tidak perlu kotak dan komponen lain. Mereka janji akan hubungi semula dalam 14 hari bekerja. Bila siap bawa balik pasang, ssshhhhhh… Tiada lagi bunyi bising. Buka apa saja jenis game, sama. Senyap. Ini baru betul!!! (Jerit dalam hati). Memang betul masalah kipas. Dibawah ini saya kongsikan resit / sijil baik pulih daripada Sony.

 

Akhir Kata

Jika anda hadapi masalah sama, anda dalam situasi yang mana?

  1. Masih dalam warranty?
  2. Sudah habis warranty?
  3. Masih ada warranty tapi sudah void?

Jawapannya, ketiga-tiga kes sila segera hantar ke pusat servis Sony. Jika masih belum buka, jangan buka konsol anda untuk cuci sendiri sehingga void warranty atau mungkin rosakkan komponen lain.

Untuk kes pertama, masih dalam warranty, anda mungkin dapat percuma seperti saya. Untuk kes kedua dan ketiga pula, jika warranty sudah habis atau void, anda juga boleh hantar ke pusat servis. Saya sudah bertanya kepada wakil Sony, mereka tetap terima konsol yang sudah tiada warranty, cuma akan ada bayaran untuk gantian komponen dan labor. Anggaran yang diberikan untuk gantian kipas ialah sekitar RM100 ke atas.

Maklumat Pusat Servis Sony

 

Jika anda sedang mencari untuk membeli PS4 Pro, untuk elakkan masalah bunyi kuat yang mungkin berlaku, sila periksa dan dapatkan model generasi baru iaitu CUH-7200 atau mungkin versi lebih baru selepas artikel ini disiarkan. Untuk versi awal, sila bertanya kepada penjual atau uji dahulu untuk dapatkan kepastian sama ada masalah tersebut wujud atau tidak.

Diharapkan artikel ini dapat membantu serba sedikit pengguna PS4 yang hadapi masalah seperti saya. Terima kasih.

 

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: