Ransomware Menyerang Mac Melalui Torrent, Data Tidak Dikembalikan Walaupun Dibayar

0

Perhatian untuk pengguna Mac yang kerap menggunakan perisian cetak rompak, crack dan sebagainya. Ransomware terbaru yang menyamar sebagai alat untuk crack/patch sedang disebarkan melalui perkongsian Torrent.

Setakat ini yang dikesan oleh firma keselamatan ESET ialah yang ditujukan untuk perisian Adobe Premiere Pro dan Microsoft Office for Mac, mungkin nama-nama lain perisian lain juga digunakan.

kredit:softpedia

Jika pengguna melancarkan fail ransomware tersebut, dan klik pada Start, serangan akan bermula dan fail pengguna akan disulitkan dengan key rahsia. Satu fail arahan bernama “README!.txt” diletakkan disetiap lokasi di dalam komputer.

Ia meminta pengguna membayar di dalam matawang Bitcoin sebanyak 0.25btc (~RM1200) jika mangsa mahukan kembali fail yang disulitkan. Dan tawaran untuk kembalikan fail lebih cepat jika bayaran lebih daripada jumlah yang diminta.

Tetapi…

Kajian ke atas kod ransomware tersebut mendapati ada kecacatan yang menyebabkan key rahsia tidak dapat dihantar kepada penyerang, bermaksud walaupun bayaran tebusan dibuat, mangsa tidak akan dapat kembali fail yang telah disulitkan. Ya, fail tidak dapat dikembalikan…

Elakkan penggunaan perisian seperti ini, tingkatkan pengetahuan tentang keselamatan dan dapatkan perlindungan yang kuat seperti perisian antivirus.

sumber:softpedia

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: